PENGALAMAN MASUK UNIVERSIT UTARA MALAYSIA
ASSALAMUALAIKUM….
Entri saya kali ini, saya hendak
menceritakan pengalaman masuk universiti. Universiti ini merupakan sebuah university
yang berada di utara semenanjung iaitu Universiti Utara Malaysia atau nama
singkatan UUM. Lepas habis Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia atau STPM saya
ditawarkan belajar peringkat ijazah sarjana muda dekat UUM ini. Memang masa isi
UPU dulu, UUM ialah pilihan keenam saya tapi tidak menyangka saya ditawarkan
menyambung ijazah dekat sini. Dulu sebelum masuk UUM, rasa sedih dan serba
salah sebab dapat menyambung pengajian dekat universiti pilihan pertama saya tetapi
saya tetap bersyukur kepada Allah. Sebelum masuk ke sini ramai kawan-kawan
mengejek saya kerana dapat masuk universiti dalam hutan dan jauh daripada keluarga.
Bagi saya semua itu tidak penting kerana mungkin ada hikmah disebaliknya untuk
saya. dalam surat tawaran UUM saya dapat menyambung pengajian dalam bidang ijazah
sarjana muda pengurusan pembangunan atau Bachelors of Development Management (BDM).
Kini tibalah masa yang ditunggu oleh
saya untuk mendaftar sebagai seorang mahasiswa UUM iaitu pada 1 September 2015 secara
rasminya. Masa mula-mula saya daftarkan diri di dewan penginapan pelajar (DPP) laluan
D iaitu Dewan Penginapan Pelajar Bank Rakyat. Dewan penginapan pelajar ini
boleh dikatakan sebagai asrama bagi pelajar-pelajar UUM. DPP BANK RAKYAT
menjadi tempat tinggal saya bagi minggu suai kenal atau orentasi. Rakan sebilik
saya semasa di DPP Bank Rakyat merupakan orang Kelantan dan menetap di Johor.
Masalah komunikasi antara saya dengan rakan sebilik tidak menjadi masalah
kerana perkataan dan dialek negeri saya iaitu Kelantan mudah difahami oleh
rakan sebilik saya. rakan sebiik saya merupakan pelajar lepasan kolej
matrikulasi yang bernama Fahmi. Semasa minggu
suai kenal saya mendapatkan kawan-kawan baru dari pelbagai negeri dan latar
belakang.
Kini tibalah hari pertama saya ke
kuliah. Hari pertama ke kuliah begitu mendebarkan dan perasaan takut
menyelubungi diriku kerana memikirkan perwatakan pensyarah samada baik atau
garang dan tidak tahu cara pembelajaran di universiti macam mana. Pada hari
pertama kuliah saya bersiap awal untuk ke kuliah. Budak baru memang awal-awal
semester pergi kelas awal. Semasa sampai di dalam kampus saya menghadapi
masalah mencari dewan kuliah kerana di UUM kerana terlalu banyak. Dengan bantuan
seorang perempuan yang saya fikir senior, saya dapat menjumpai bilik kuliah
tersebut.
Selepas sehari demi sehari aku
melanjutkan pelajaran di universiti saya berasa bertuah kerana diberi peluang
untuk melanjutkan pelajaran di university berbanding orang lain di luar sana. Semasa
awal semester saya menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran baru saya hadapi
dalam membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Mana tidaknya saya tidak
tahu membuat tugasan yang betul berbanding di sekolah dahulu yang sentiasa
dibimbing oleh guru-guru. Setelah itu barulah saya tahu cara membuat tugasan
yang betul selepas bertanya senior dan pensyarah.
Setelah empat bulan belajar di UUM,
peperiksaan akhir semester pertama bagi saya bermula. Pada mulanya saya agak
risau untuk menghadapinya kerana menganggap diri ini tidak cukup ilmu lagi
untuk menghadapi peperiksaan. Semasa hari pertama saya menghadapi peperiksaan
di dewan utama iaitu Dewan Muadzan Shah atau DMAS saya kerap kali keluar ke
tandas kerana sejuk dengan keadaan yang hujan di kuar dewan ditambah dengan
kesejukan panghawa dingin.
Saya berharap semester lepas biarkan ia
berlalu pergi dengan kenganan manis dan pahit. Sampai di sini saja yang mampu
saya kongsikan pengalaman dan kenangan saya semasa di UUM untuk semester
pertama. Terima kasih kerana sudi membaca nukilan say yang tidak seberapa ini.
alahai.. formal bebeno, hehe... cam ne.. best x U?
ReplyDelete