Saturday, 25 June 2016

kuasa jari mampu musnahkan perpaduan

KUASA JARI MAMPU MUSNAHKAN PERPADUAN
Description: C:\Users\user\AppData\Local\Temp\IMG-20160626-WA0007.jpg.jpeg
Menurut artikel Kuasa Jari Mampu Musnahkan Perpaduan oleh Mohamad Fadzil Awang dalam akhbar Berita Harian, Isnin 4 April 2016 Umat Islam perlu pandai kawal emosi sebar maklumat ketika guna aplikasi media sosial. Menurut beliau media sosial sebenarnya banyak memberi manfaat kepada umat manusia seperti mengetahui maklumat, berita, isu semasa, dari segenap aspek sosial, ekonomi mahupun politik. Media sosial telah memberi seribu manfaat kepada peradaban umat manusia.
Melalui media sosial, hubungan yang terjalin, kerjasama terbina, silaturahim diteruskan lagidan yang lebih penting ialah perpaduan dapat dikekalkan. Namun begitu, media sosial juga boleh menjadi ‘duri dalam daging’ jika digunakan untuk tujuan salah serta mendatangkan kemudaratan kepada peradaban manusia. Menurut Mohamad Fadzil sikap segelintir pengguna media sosial menjadikannya sebagai tempat melepaskan emosi dan yang lebih parah membuka aib orang lain.
Selain itu, tanpa kita sedari perbuatan jari kita yang suka menyalin dan menampal  (copy and paste) berita tdak sahih dan tidak ada kebenaran telah membawa fitnah terhadap pihak terbabit. Sedar atau tidak, kita telah melakukan dua kesalahan iaitu menyebarkan fitnah dan melukakan hati orang lain yang membawa kepada dosa.

Akhir sekali, menurut Mohamad Fadzil berkata sebelum kita menulis sesuatu perkara kita seharusnya memikirkan perasaan orang yang membacanya. Jangan kerana emosi kita yang tidak terkawal menyebabkan orang lain membenci kita. Sekiranya kita tidak suka atau berpuas hati terhadap seseorang, janganlah kita jadikan media sosial sebagai tempat luahan rasa tidak puas hati itu. Kesimpulannya, ketahuilah daripada media sosial perpaduan boleh terbina dan daripada media sosial juga perpaduan boleh terhakis.  

No comments:

Post a Comment