Saturday, 25 June 2016

GUNA BAHASA "ROJAK" DI RUMAH

GUNA BAHASA ‘ROJAK’ DI RUMAH
Description: C:\Users\user\AppData\Local\Temp\IMG-20160626-WA0011.jpg.jpeg
Menurut nukilan siti noor sepee dalam akhbar sinar harian selasa 3 mei 2016, beliau menulis tentang lahir sebagai Cindian belehkan Siew Chin kuasai banyak bahasa dan dialek. Menurut Siew Chin, beliau berasa bertuah kerana dilahirkandan dibesarkan hasil tiga budaya. Sesiapa yang pertama kali bertemu dan mengenali dengan Siew Chin akan keliru apakah bangsa beliau. Beliau dengan selamba akan menjawab beliau adalah ‘orang Malaysia’. Hal ini kerana paras rupanya seperti seorang wanita Melayu kerana hasil pernikahan campur ibuyang berbangsa India dan bapanya berbangsa Cina serta tinggal di kawasan perkampungan Melayu di Simpang Renggam.
Menurut Siew lagi, beliau menganggap lahir sebagai Cindian memberi kelebihan kepadanya untuk menguasai pelbagai bahasa dengan baik iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris. Semasa di rumah beliau akan menggunakan bahasa ‘rojak’ apabila bertutur dengan ahli keluarga kerana ibu dan bapanya berlainan bangsa dan memberi peluang kepadanya untuk menguasai pelbagai bahasa dan dialek.
Berkongsi sebagai seorang Cindian, ibu muda ini berasa bertuah kerana dapat menyambut semua perayaan di Malaysia khususnya Tahun Baharu Cina, Deepavali serta hari raya. Dengan kepalbagaian budaya ini, Siew Chin lapan beradik telah diasuh dan diajar oleh emak dan ayahnya sejak kecil untuk hormat hormat menghormati sesiapa sahaja tidak mengira bangsa.



NILAI-NILAI UTAMA DALAM GAGASAN SATU MALAYSIA

NILAI-NILAI UTAMA DALAM GAGASAN SATU MALAYSIA
Gagasan satu Malaysia terdiri daripada lapan nilai-nilai utama. Nilai-nilai inilah yang menjadi teras utama dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Diantara nilai-nilai tersebut dan bagaimana ia dapat menjadi pemangkin kepada penyatuan rakyat Malaysia adalah seperti dibawah:
Description: C:\Users\user\Pictures\1 malaysia.jpg
6.1 Budaya Kecemerlangan
Budaya kecemerlangan adalah budaya yang menjadi salah satu nilai yangpenting dalam konsep 1 Malaysia.Ia yang akan membawa Malaysia kesatu tahap yang lebih tinggi menerusi usaha setiap untuk rakyat mengamalkan budaya tersebut di dalam diri.
Budaya kecemerlangan haruslah dilaksanakan secara berterusan demi meningkatkan prestasi. Ianya dilaksanakan menerusi prinsip ketepatan dimana ia merangkumi ketepatan seseorang rakyat menguruskan masa dan kualiti tidak kira dalam system pendidikan, perdagangan ataupun pentadbiran. Budaya ini memastikan setiap tugas yang dilaksanakan mencapai tahap yang terbaik demi memastikan Malaysia menuju trajektori yang betul dan untuk menyedarkan rakyat bertapa pentingnya budaya kecemerlangan di dalam diri, prinsip meritokrasi haruslah diperkenalkan dengan lebih banyak. Contohnya dengan pengenalan satu sistem yang di kenali sebagai (KPI) atau Petanda Utama Pencapaian didalam sektor perkhidmatan.
Pengenalan sistem ini pada dasarnya adalah bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan kepada rakyat yang sejajar dengan matlamat gagasan 1 Malaysia. Sistem pengenalan KPI ini juga telah diguna pakai kepada para pemimpin politik Negara, dimana sistem ini telah memastikan setiap wakil rakyat dan menteri tidak lagi dilayan sebagai “Raja Rakyat”. Kesan aplikasi sistem ini telah menyebabkan setiap pemimpin lebih berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat dan pembangunan Negara. Ini kerana para pemimpin adalah agen kepada kerajaan bagi melaksanakan segala dasar dan program yang telah disusun bagi memenuhi kehendak dan keperluan setiap rakyat.
Disamping itu, segala pembangunan yang diterapkan di dalam budaya kecemerlangan juga membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat. Ini kerana gagasan 1 Malaysia amat menitik beratkan kepentingan ekonomi-soial rakyat terutama sekali kepada kaum yang ketinggalan. Keperihatinan dan kesungguhan para pemimpin untuk merealisasikan dan menjaga segala keperluan rakyat menyebabkan setiap lapisan masyarakat merasakan diri mereka lebih di beri perhatian. Ini akhirnya akan menyebabkan rakyat lebih yakin serta percaya akan kemampuan para pemimpin Negara mentadbir serta menjaga keperluan setiap etnik yang terdapat di dalam Malaysia. Tidak cukup dengan itu, satu program yang dikenali sebagai Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah diperkenalkan untuk meningkatkan kualiti khidmat awam dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Ini memberi kesan kepada penyatuan rakyat kerana melalui program ini, setiap anggota masyarakat lebih bersatupadu demi mencapai matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju serta mempunyai rakyat yang progresif dan berpendapatan tinggi.
6.2 Ketabahan
Dalam konsep ketabahan yang di tekankan didalam Gagasan 1 Malaysia, ia merujuk kepada ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia khususnya mestilah memiliki dan menanam sifat tidak mudah mengaku kalah, namum sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi. Dalam menangani isu agama dan permasalahan semasa dalam masyarakat kita, kita seharusnya tidak memandang ringan isu berkaitan agama yang akan mencetuskan kontroversi antara agama dan kaum. Misalnya isu kalimah Allah sejak awal tahun ini benar-benar menguji ketabahan dan sejauh mana bijaksananya kita untuk menanganinya. Insiden cubaan membakar beberapa gereja dan surau, dan yang terbaru insiden kepala khinzir  diletakkan di perkarangan dua buah masjid. Kejadian ini dilihat sebagai cubaan pihak tertentu untuk  mengugat kestabilan dan hubungan kaum di negara ini.
6.3 Rendah Hati
Rasa rendah hati atau Tawadhuk adalah perasaan insaf bahawa semua rakyat dalam satu negara yang sama dan perlu hidup bersama secara harmoni. Ia juga merangkumi pengertian bahawa setiap kaum, malah setiap individu ada kelemahan dan kelebihannya yang sendiri, dan seharusnya kita memanfaatkan kelebihan masing-masing demi untuk memperkukuhkan masyarakat dan negara. Selaras dengan Gagasan 1 Malaysia, kita hendaklah bijaksana mengenal pasti asas untuk meningkatkan perpaduan melalui kemajmukan yang ada. Bagi mengekalkan keamanan dalam suasana yang harmoni, perkara-perkara yang boleh meningkatkan persefahaman wajar disuburkan dan mengelak sesuatu yang boleh menimbulkan persengketaan. Perkara-perkara yang bersifat kontroversi sangat mudah mendatangkan reaksi dan salah faham malah berpotensi mencetuskan suasana konfrontasi. Lipatan sejarah lampau yang banyak membuktikan bahawa peperangan dan pertentangan bermula daripada perkara kecil. Rakyat hendaklah sedar bahawa api yang besar lagi memusnahkan bermula daripada bara-bara kecil yang gagal dipadamkan. Oleh yang demikian, penekanan kepada nilai rendah diri mesti ada dalam masyarakat Malaysia demi mengekalkan perpaduan yang dinikmati sekarang ini.
6.4 Penerimaan
Konsep 1Malaysia menekankan sikap Penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu Negara. Jika disingkap sejarah ketamadunan Islam, Gagasan 1Malaysia ini juga adalah selaras dengan semangat yang ditunjukkan melalui pembentukan  Negara  dan Ketamadunan  Islam terawal di Madinah yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Masyarakat yang berada di Madinah pada waktu itu terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, hidup penuh rukun dan harmoni, berasaskan Perlembagaan Madinah yang mengutamakan dan mempertahankan Islam sebagai agama, keadilan kepada semua dan melindungi kaum minoriti serta memberi kebebasan mengamalkan agama kepada kaum bukan Islam yang berpayung di bawah pemerintahan Negara Madinah. Daripada riwayat Bukhori yang bermaksud; Diriwayatkan daripada Jabir Abdullah r.a.berkata: Satu jenazah lalu di hadapan kami (para sahabat), maka Rasulullah S.A.W. berdiri. Lalu kamipun turut berdiri. Kami berkata kepada Rasulullah S.A.W.; “Ya Rasulullah, itu adalah jenazah yahudi”. Sabda Rasulullah S.A.W., “apabila kamu melihat jenazah,maka berdirilah”.
Dari petikan Hadis ini, ia memberi isyarat bahawa keadaan simati sama ada seorang muslim atau bukan muslim perlu dihormati. Ianya memberi maksud bahawa Islam menggalakkan umatnya menghormati semua agama dan kaum kerana Islam ini menuntut kita supaya saling hormat menghormati dan bersikap lebih kemanusiaan sesama manusia yang lain. Sesungguhnya, tidak dinafikan lagi bahawa pada hari ini slogan 1Malaysia telah menjadi ungkapan popular di kalangan rakyat Malaysia. InsyaAllah, harapan Perdana Menteri yang beliau suarakan dalam ucapan beliau ketika Majlis Perjumpaan Bersama Ulama’ dan Umara’ untuk melihat konsep ini untuk menjadi pemangkin kepada pengwujudan Negara bangsa yang dapat membina Malaysia yang mempunyai sikap penerimaan di kalangan rakyat akan menjadi kenyataan.

6.5 Kesetiaan
Nilai kesetiaan yang ditonjolkan dalam pembentukan Gagasan 1 Malaysia merujuk kepada kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi Negara yang tercinta. Negara Malaysia ini adalah untuk semua rakyat, tanpa mengira warna kulit, budaya serta fahaman politik. Oleh itu, semua kemudahan yang terdapat dalam negara harus dinikmati secara bersama dan beramai-ramai. semua kaum diberi keutamaan oleh kerajaan dan tidak sesekali dipinggirkan. 1 Malaysia adalah pemangkin kepada kewujudan  sikap  kesetian  kepada Negara, kesamaan, kerataan dan kekitaan dalam diri setiap masyarakat. Kita perlu mengambil iktibar, bahawa setelah kita melewati 40 tahun episod rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, kita dapat menyaksikan bahawa masyarakat negara ini tidak pernah berputus asa untuk menjadikan 1 bangsa Malaysia sebagai realiti. Dengan bermodalkan kesetiaan kepada negara, toleransi sesama bangsa, maka pelbagai cabaran agama dan kaum telah berjaya kita tangani secara berhemah. Buktinya, kesepaduan sosial masih utuh dan kukuh di negara ini sekalipun setiap rakyat yang tergolong dalam kelompok masing-masing masih mempunyai isu dan masalah yang belum selesai. Kita wajar menyelesaikan dengan hikmah dan berhemah terhadap isu-isu yang dicetuskan supaya tidak menjadi provokasi terhadap agama lain yang hanya akan merugikan negara.
6.6 Meritokrasi
Nilai keenam yang diterapkan di dalam konsep 1 Malaysia adalah meritokrasi. Meritokrasi berasal daripada dua perkataan iaitu merit dan krasi. Merit membawa maksud kepujian atau kecemerlangan, manakala krasi (latin) bermaksud system pentadbiran sesebuah negara. Di dalam konsep 1 Malaysia, nilai meritokrasi diaplikasikan dari segi ekonomi dan sosial. Dimana nilai meritokrasi disini lebih menjurus kepada penekanan persaingan secara terbuka kepada rakyat Malaysia. Nilai ini adalah sejajar dengan perkara 153 di dalam perlembagaan persekutuan, kerana ia melindungi hak keistimewaan orang melayu, bumiputera sabah dan Sarawak serta kaum-kaum lainyang terdapat di Malaysia. Ini kerana prinsip ini memastikan setiap rakyat Malaysia mendapat peluang yang sama rata didalam sesuatu pemilihan berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan seperti kelayakan,  prestas dan budaya cemerlang untuk memacu pembangunan Negara. Perlaksanaan nilai ini didalam konsep satu Malaysia telah menyatukan setiap rakyat di Negara ini kerana dasar ini telah mengambil kira kehendak setiap kumpulan etnik yang ada tanpa mengetepikan kepentingan kaum bumiputera. Walaupun, dasar afirmatif tetap dikekalkan bagi etnik bumiputera, tetapi perlaksanaannya diamalkan dengan cara yang adil dimana pertimbangan hanya diberikan kepada individu yang paling layak, contohnya didalam pemberian biasiswa, pendidikan dan lesen.
Nilai meritokrasi juga diamalkan di dalam bidang-bidang tertentu seperti perkhidmatan,  pendidikan, dan ekonomi. Contohnya dalam pemberian sesuatu kontrak melalui tender terbuka kepada para usahawan. Prinsip meritokrasi telah memberi peluang yang sama rata kepada setiap usahawan untuk bersaing dalam pembidaan kerana pemilihan adalah berasaskan kepada kelayakan dan kemahiran menawarkan tawaran yang lebih baik dalam menawarkan harga, produk dan perkhidmatan dan bukan kerana perundingan, kekayaan, perkauman, ikatan persaudaraan dan sosio-ekonomi semata-mata. Dengan adanya prinsip ini, ia dapat mengelakkan rasa tidak puas hati antara anggota masyarakat didalam bidang perniagaan dan mengelakkan peristiwa 13Mei dari berulang kembali kerana penguasaan ekonomi oleh sesebuah kaum disamping menjamin perkhidmatan dilaksanakan dengan cemerlang dan terbaik bagi memastikan kemajuan ekonomi Negara. Di dalam sistem pendidikan pula, prinsip meritokrasi telah mengalakkan setiap individu di dalam sekolah atau institusi pengajian tinggi bersaing antara satu sama lain untuk menjadi yang terbaik. Ianya telah mengalakkan persaingan yang sihat antara pelajar yang berbilang bangsa untuk mencapai pencapaian yang cemerlang di dalam pelajaran. Manakala dari aspek perkhidmatan kerajaan dan masyarakat pula, meritokrasi telah memberi kesedaran kepada rakyat untuk lebih berusaha menjadi yang terbaik demi mencapai pencapaian yang lebih tinggi. Nilai meritokrasi adalah satu nilai yang amat penting kerana ianya adalah asas dalam pembentukan budaya kecemerlangan.
6.7 Pendidikan
Sistem pendidikan di sesebuah negara boleh menjadi salah satu kunci untuk mewujudkan perpaduan di antara etnik. Ini kerana sekolah serta institusi pengajian tinggi merupakan sebuah organisasi berbentuk pendidikan yang dapat mengajar serta menerapkan nilai-nilai murni dan memudahkan setiap pelajar menghayati proses sosialis kerana sekolah menempatkan pelbagai kaum dibawah satu bumbung. Seperti yang kita sedia maklum, ilmu pengetahuan serta pendidikan merupakan syarat penting kepada sesebuah Negara bagi mencapai sesuatu kejayaan. Ini kerana kedua-duanya merupakan kekuatan dan ketahanan sesebuah masyarakat. Nilai pendidikan di dalam konsep 1 Malaysia telah disokong oleh Akta 550 yang menyatakan bahawa ilmu pengetahuan adalah penting kerana ianya membolehkan rakyat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran serta nilai-nilai murni disamping bertindak sebagai penentu kepada arah tujuan Negara dan penyelamat bangsa.
Sebagai contoh melalui penyeragaman bahasa penghantar, sukatan pelajaran serta pakaian sekolah di sekolah kebangsaan merupakan salah satu elemen yang dapat membantu merapatkan hubungan antara kaum di sekolah. Dimana dengan adanya Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar ia mengalakkan pergaulan di antara pelajar yang berbilang etnik yang akhirnya akan mewujudkan semangat kekitaan. Di samping, itu pendekatan yang digunakan melaui subjek pendidikan islam dan moral juga turut membantu memberi pendekatan yang lebih baik kepada para pelajar untuk memahami agama, keperluan moral, sosial serta adat dan budaya kaum masing-masing. Meskipun sistem persekolahan di Negara, tidak mempunyai aliran pendidikan tunggal, sekolah tetap merupakan pusat integriti tebaik yang dapat mengabungkan semua aliran persekolahana sama ada sekolah kebangsaan, sekolah cina atau sekolah India. Ini kerana melalui konsep 1 Malaysia ia mengalakkan setiap sekolah untuk mencari kesempatan untuk berinteraksi dengan mengadakan lebih banyak aktiviti bersama. Ini kerana dengan mengadakan lebih banyak aktiviti bersama ianya memberi peluang kepada pelajar yang berbilang bangsa untuk berinteraksi antara satu sama lain disamping mengeratkan perpaduan antara kaum serta mengukuhkan lagi pemahaman agama, adat serta budaya kaum masing-masing. Hak ini telah dikenankan dalam perlembagaan persekutuan dalam perkara 12 yang mengiktiraf nilai pendidikan dalam konsep 1 malaysia. Nilai ketujuh iaitu pendidikan di dalam konsep 1 Malaysia, memang bertindaksejajar dengan matlamat 1 Malaysia untuk menyatukan rakyat yang berbilang kaum. Ini kerana hanya melalui pendidikan, asas nilai-nilai perpaduan dapat dipertahankan serta proses integrasi dan pembangunan  Negara dapat dilaksanakan bagi menjamin kemajuan masa depan. Kurangnya ilmu pengetahuan serta pendidikan dapa tmemporak-perandakan keharmonian rakyat Malaysia. Ini kerana kurangnya rasa kekitaan yang disemai dari sekolah hingga universiti di dalam diri yang akhirnya akan memudahkan kewujudan salah faham yang akan merosakkan keharmonian antara etnik kerana kurangnya pendedahan kepada agama, cara pergaulan, budaya dan adat resam.
Antara contoh-contoh usaha kerajaan bagi menyatukan rakyat Malaysia dalam nilai ini adalah dengan memperkenalkan program RIMUP atau Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan di sekolah. Program ini dapat memupuk pergaulan murid pelbagai kaum dengan penglibatan aktiviti bersama dengan perkongsian segala kemudahan di sekolah. Kesan daripada program ini adalah ia akan mewujudkan dan membentuk persefahaman serta jalinan hubungan rapat di kalangan murid pelbagai kaum. Dan ia menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk menjayakan konsep 1 Malaysia ini melalui pendidikan kerana setiap anak adalah aset Negara dan hanya melalui nilai ini keharmonian hidup bermasyarakat dapat dikekalkan. Tambahan pula dengan perpaduan yang dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi, ianya membantu menyemai semangat patroitik dan kesetiaan kepada Negara di samping memupuk perasaan bangga dan megah di kalangan anggota masyarakat untuk bergelar rakyat Malaysia. Rasa bangga menjadi rakyat Malaysia ini akan mengalakkan sikap saling bekerjasama antara rakyat untuk membangunkan sebuah Malaysia menjadi sebuah Negara yang aman serta makmur disamping berdaya saing.

6.8 Integriti
Integriti merupakan nilai terakhir yang temaktub di dalam konsep 1 Malaysia. Integriti adalah satu nilai yang memastikan setiap prinsip didukung dan jati diri ditepati. Di mana ia menyatakan bahawa asas kepada sesuatu kepercayaan adalah keupayaan untuk memenuhi janji serta telus dan bersikap terbuka kepada orang lain. Prinsip ini penting untuk diamalkan oleh setiap pemimpin Negara dalam persediaan untuk membentuk sebuah kerajaan yang mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Penerapan nilai integriti di dalam konsep 1 Malaysia banyak membantu dalam menyatukan rakyat di Malaysia. Ini kerana integriti adalah salah satu pemangkin kepada pengwujudan Negara bangsa yang mebantu membina sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat.
Nilai integriti ini adalah sejajar dengan konsep 1 Malaysia yang dilancarkan oleh pihak kerajaan untuk menyatukan setiap kaum pada satu paksi keadilan sosial. Ianya dilaksanakan dari sudut dasar komitmen yang diusahakan oleh kerajaan untuk menolong setiap pihak melalui pertimbangan tanpa mengabaikan kepentingan mana-mana kaum tidak kira di Bandar mahupun di luar Bandar. Di mana kesungguhan dan komitmen terhadap tanggungjawab menjadi asas penting serta kunci kepada pencapaian sesuatu kejayaan.
Contohnya sebagai seorang pemimpin, individu tersebut haruslah bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi serta berkebolehan tinggi dalam merancang strategi, prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat. Masyarakat Malaysia juga haruslah bertanggungjawab serta komited di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing demi menjaga kepentingan dan kemajuan Negara. Dengan kebijaksanaan pihak kerajaan mengatur strategi di dalam sistem pentadbiran Negara, ianya akan mebantu melancarkan perjalanan pentadbiran kerajaan kerana setiap pandangan rakyat diambil kira dari segenap lapisan kaum untuk memastikan tidak ada masyarakat atau kaum yang terpinggir daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan. Pembelaan yang adil akan memberi kesan kepada penyatuan rakyat kerana ianya adalah asas kepada peningkatan perpaduan melalui kemajmukan yang ada.

Selain itu, dengan terbentuknya nilai integriti dalam gagasan 1 Malaysia ianya juga dapat membantu mengekalkan keamanan Negara agar berada dalam suasana yang harmoni serta mengelakkan segala perkara yang boleh menimbulkan persengketaan daripada berlaku. Ini kerana apabila kerajaan gagal meningkatkan persefahaman antara rakyat ia akan mendatangkan reaksi dan salah faham yang berpotensi untuk mencetuskan sebuah kontroversi. Seperti apabila berlakunya isu-isu yang menyentuh kepada perbezaan pendapat tentang agama dan kepercayaan. Integriti juga haruslah diamalkan di dalam tugasan seharian terutamanya ketika melaksanakan tanggungjawab. Setiap individu haruslah jujur dan amanah ketika berurusan tanpa mengamalkan satu sifat yang ingin mengutamakan diri keluarga dan kelompok tertentu sahaja. Kelayakan dan kemampuan haruslah diberikan tanpa sebarang kepentingan atau melalui cara yang melanggar etika diri dan saluran yang tidak sah. Misalnya, di dalam perlantikan atau pengambilan sesuatu kerja. Pihak yang bertanggungjawab haruslah memilih calon yang layak dan menepati kriteria-kriteria yang ditetapkan dan bukan kerana ikatan kekeluargaan terjalin. Ketidakadilan akan menyebabkan rasa tidak puas hati timbul dalam diri individu lain yang akan menyebabkan wujudnya salah faham yang boleh menimbulkan kontroversi yang boleh menggangu keharmonian Negara. Tetapi sekiranya pemilihan di jalankan dengan adil dan saksama ia akan menyatukan setiap anggota masyarakat kerana setiap rakyat merasakan diri mereka di layan secara adil tanpa mengira kedudukan, bangsa dan wilayah dan tidak ada sebarang penindasan berlaku kerana mereka sedar bahawa hanya yang paling layak akan terpilih. 

kuasa jari mampu musnahkan perpaduan

KUASA JARI MAMPU MUSNAHKAN PERPADUAN
Description: C:\Users\user\AppData\Local\Temp\IMG-20160626-WA0007.jpg.jpeg
Menurut artikel Kuasa Jari Mampu Musnahkan Perpaduan oleh Mohamad Fadzil Awang dalam akhbar Berita Harian, Isnin 4 April 2016 Umat Islam perlu pandai kawal emosi sebar maklumat ketika guna aplikasi media sosial. Menurut beliau media sosial sebenarnya banyak memberi manfaat kepada umat manusia seperti mengetahui maklumat, berita, isu semasa, dari segenap aspek sosial, ekonomi mahupun politik. Media sosial telah memberi seribu manfaat kepada peradaban umat manusia.
Melalui media sosial, hubungan yang terjalin, kerjasama terbina, silaturahim diteruskan lagidan yang lebih penting ialah perpaduan dapat dikekalkan. Namun begitu, media sosial juga boleh menjadi ‘duri dalam daging’ jika digunakan untuk tujuan salah serta mendatangkan kemudaratan kepada peradaban manusia. Menurut Mohamad Fadzil sikap segelintir pengguna media sosial menjadikannya sebagai tempat melepaskan emosi dan yang lebih parah membuka aib orang lain.
Selain itu, tanpa kita sedari perbuatan jari kita yang suka menyalin dan menampal  (copy and paste) berita tdak sahih dan tidak ada kebenaran telah membawa fitnah terhadap pihak terbabit. Sedar atau tidak, kita telah melakukan dua kesalahan iaitu menyebarkan fitnah dan melukakan hati orang lain yang membawa kepada dosa.

Akhir sekali, menurut Mohamad Fadzil berkata sebelum kita menulis sesuatu perkara kita seharusnya memikirkan perasaan orang yang membacanya. Jangan kerana emosi kita yang tidak terkawal menyebabkan orang lain membenci kita. Sekiranya kita tidak suka atau berpuas hati terhadap seseorang, janganlah kita jadikan media sosial sebagai tempat luahan rasa tidak puas hati itu. Kesimpulannya, ketahuilah daripada media sosial perpaduan boleh terbina dan daripada media sosial juga perpaduan boleh terhakis.