NILAI-NILAI
UTAMA DALAM GAGASAN SATU MALAYSIA
Gagasan satu
Malaysia terdiri daripada lapan nilai-nilai utama. Nilai-nilai inilah yang
menjadi teras utama dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan etnik. Diantara nilai-nilai tersebut dan bagaimana ia dapat
menjadi pemangkin kepada penyatuan rakyat Malaysia adalah seperti dibawah:
6.1
Budaya Kecemerlangan
Budaya
kecemerlangan adalah budaya yang menjadi salah satu nilai yangpenting dalam
konsep 1 Malaysia.Ia yang akan membawa Malaysia kesatu tahap yang lebih tinggi
menerusi usaha setiap untuk rakyat mengamalkan budaya tersebut di dalam diri.
Budaya
kecemerlangan haruslah dilaksanakan secara berterusan demi meningkatkan
prestasi. Ianya dilaksanakan menerusi prinsip ketepatan dimana ia merangkumi
ketepatan seseorang rakyat menguruskan masa dan kualiti tidak kira dalam system
pendidikan, perdagangan ataupun pentadbiran. Budaya ini memastikan setiap tugas
yang dilaksanakan mencapai tahap yang terbaik demi memastikan Malaysia menuju
trajektori yang betul dan untuk menyedarkan rakyat bertapa pentingnya budaya
kecemerlangan di dalam diri, prinsip meritokrasi haruslah diperkenalkan dengan
lebih banyak. Contohnya dengan pengenalan satu sistem yang di kenali sebagai (KPI)
atau Petanda Utama Pencapaian didalam sektor perkhidmatan.
Pengenalan sistem
ini pada dasarnya adalah bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti
perkhidmatan kepada rakyat yang sejajar dengan matlamat gagasan 1 Malaysia.
Sistem pengenalan KPI ini juga telah diguna pakai kepada para pemimpin politik
Negara, dimana sistem ini telah memastikan setiap wakil rakyat dan menteri
tidak lagi dilayan sebagai “Raja Rakyat”. Kesan aplikasi sistem ini telah
menyebabkan setiap pemimpin lebih berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang
cemerlang kepada rakyat dan pembangunan Negara. Ini kerana para pemimpin adalah
agen kepada kerajaan bagi melaksanakan segala dasar dan program yang telah
disusun bagi memenuhi kehendak dan keperluan setiap rakyat.
Disamping itu,
segala pembangunan yang diterapkan di dalam budaya kecemerlangan juga membantu
meningkatkan kualiti hidup rakyat. Ini kerana gagasan 1 Malaysia amat menitik
beratkan kepentingan ekonomi-soial rakyat terutama sekali kepada kaum yang
ketinggalan. Keperihatinan dan kesungguhan para pemimpin untuk merealisasikan
dan menjaga segala keperluan rakyat menyebabkan setiap lapisan masyarakat
merasakan diri mereka lebih di beri perhatian. Ini akhirnya akan menyebabkan
rakyat lebih yakin serta percaya akan kemampuan para pemimpin Negara mentadbir
serta menjaga keperluan setiap etnik yang terdapat di dalam Malaysia. Tidak
cukup dengan itu, satu program yang dikenali sebagai Program Transformasi
Kerajaan (GTP) telah diperkenalkan untuk meningkatkan kualiti khidmat awam
dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Ini memberi
kesan kepada penyatuan rakyat kerana melalui program ini, setiap anggota
masyarakat lebih bersatupadu demi mencapai matlamat Malaysia untuk menjadi
sebuah negara maju serta mempunyai rakyat yang progresif dan berpendapatan
tinggi.
6.2
Ketabahan
Dalam konsep
ketabahan yang di tekankan didalam Gagasan 1 Malaysia, ia merujuk kepada
ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia
khususnya mestilah memiliki dan menanam sifat tidak mudah mengaku kalah, namum
sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang
kental dalam apa jua bidang yang diceburi. Dalam menangani isu agama dan
permasalahan semasa dalam masyarakat kita, kita seharusnya tidak memandang
ringan isu berkaitan agama yang akan mencetuskan kontroversi antara agama dan
kaum. Misalnya isu kalimah Allah sejak awal tahun ini benar-benar menguji
ketabahan dan sejauh mana bijaksananya kita untuk menanganinya. Insiden cubaan
membakar beberapa gereja dan surau, dan yang terbaru insiden kepala
khinzir diletakkan di perkarangan dua
buah masjid. Kejadian ini dilihat sebagai cubaan pihak tertentu untuk mengugat kestabilan dan hubungan kaum di
negara ini.
6.3
Rendah Hati
Rasa rendah hati
atau Tawadhuk adalah perasaan insaf bahawa semua rakyat dalam satu negara yang
sama dan perlu hidup bersama secara harmoni. Ia juga merangkumi pengertian
bahawa setiap kaum, malah setiap individu ada kelemahan dan kelebihannya yang
sendiri, dan seharusnya kita memanfaatkan kelebihan masing-masing demi untuk
memperkukuhkan masyarakat dan negara. Selaras dengan Gagasan 1 Malaysia, kita
hendaklah bijaksana mengenal pasti asas untuk meningkatkan perpaduan melalui
kemajmukan yang ada. Bagi mengekalkan keamanan dalam suasana yang harmoni,
perkara-perkara yang boleh meningkatkan persefahaman wajar disuburkan dan
mengelak sesuatu yang boleh menimbulkan persengketaan. Perkara-perkara yang
bersifat kontroversi sangat mudah mendatangkan reaksi dan salah faham malah
berpotensi mencetuskan suasana konfrontasi. Lipatan sejarah lampau yang banyak
membuktikan bahawa peperangan dan pertentangan bermula daripada perkara kecil.
Rakyat hendaklah sedar bahawa api yang besar lagi memusnahkan bermula daripada
bara-bara kecil yang gagal dipadamkan. Oleh yang demikian, penekanan kepada
nilai rendah diri mesti ada dalam masyarakat Malaysia demi mengekalkan
perpaduan yang dinikmati sekarang ini.
6.4
Penerimaan
Konsep 1Malaysia
menekankan sikap Penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu
kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama
dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu Negara. Jika
disingkap sejarah ketamadunan Islam, Gagasan 1Malaysia ini juga adalah selaras
dengan semangat yang ditunjukkan melalui pembentukan Negara
dan Ketamadunan Islam terawal di
Madinah yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Masyarakat yang berada di
Madinah pada waktu itu terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, hidup penuh rukun
dan harmoni, berasaskan Perlembagaan Madinah yang mengutamakan dan
mempertahankan Islam sebagai agama, keadilan kepada semua dan melindungi kaum
minoriti serta memberi kebebasan mengamalkan agama kepada kaum bukan Islam yang
berpayung di bawah pemerintahan Negara Madinah. Daripada riwayat Bukhori yang
bermaksud; Diriwayatkan daripada Jabir Abdullah r.a.berkata: Satu jenazah lalu
di hadapan kami (para sahabat), maka Rasulullah S.A.W. berdiri. Lalu kamipun
turut berdiri. Kami berkata kepada Rasulullah S.A.W.; “Ya Rasulullah, itu
adalah jenazah yahudi”. Sabda Rasulullah S.A.W., “apabila kamu melihat
jenazah,maka berdirilah”.
Dari petikan Hadis ini, ia
memberi isyarat bahawa keadaan simati sama ada seorang muslim atau bukan muslim
perlu dihormati. Ianya memberi maksud bahawa Islam menggalakkan umatnya
menghormati semua agama dan kaum kerana Islam ini menuntut kita supaya saling
hormat menghormati dan bersikap lebih kemanusiaan sesama manusia yang lain.
Sesungguhnya, tidak dinafikan lagi bahawa pada hari ini slogan 1Malaysia telah
menjadi ungkapan popular di kalangan rakyat Malaysia. InsyaAllah, harapan
Perdana Menteri yang beliau suarakan dalam ucapan beliau ketika Majlis
Perjumpaan Bersama Ulama’ dan Umara’ untuk melihat konsep ini untuk menjadi
pemangkin kepada pengwujudan Negara bangsa yang dapat membina Malaysia yang
mempunyai sikap penerimaan di kalangan rakyat akan menjadi kenyataan.
6.5
Kesetiaan
Nilai kesetiaan
yang ditonjolkan dalam pembentukan Gagasan 1 Malaysia merujuk kepada kesetiaan
sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban
demi Negara yang tercinta. Negara Malaysia ini adalah untuk semua rakyat, tanpa
mengira warna kulit, budaya serta fahaman politik. Oleh itu, semua kemudahan
yang terdapat dalam negara harus dinikmati secara bersama dan beramai-ramai.
semua kaum diberi keutamaan oleh kerajaan dan tidak sesekali dipinggirkan. 1
Malaysia adalah pemangkin kepada kewujudan
sikap kesetian kepada Negara, kesamaan, kerataan dan
kekitaan dalam diri setiap masyarakat. Kita perlu mengambil iktibar, bahawa
setelah kita melewati 40 tahun episod rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, kita dapat
menyaksikan bahawa masyarakat negara ini tidak pernah berputus asa untuk
menjadikan 1 bangsa Malaysia sebagai realiti. Dengan bermodalkan kesetiaan
kepada negara, toleransi sesama bangsa, maka pelbagai cabaran agama dan kaum
telah berjaya kita tangani secara berhemah. Buktinya, kesepaduan sosial masih
utuh dan kukuh di negara ini sekalipun setiap rakyat yang tergolong dalam
kelompok masing-masing masih mempunyai isu dan masalah yang belum selesai. Kita
wajar menyelesaikan dengan hikmah dan berhemah terhadap isu-isu yang dicetuskan
supaya tidak menjadi provokasi terhadap agama lain yang hanya akan merugikan
negara.
6.6
Meritokrasi
Nilai keenam yang
diterapkan di dalam konsep 1 Malaysia adalah meritokrasi. Meritokrasi berasal
daripada dua perkataan iaitu merit dan krasi. Merit membawa maksud kepujian
atau kecemerlangan, manakala krasi (latin) bermaksud system pentadbiran
sesebuah negara. Di dalam konsep 1 Malaysia, nilai meritokrasi diaplikasikan
dari segi ekonomi dan sosial. Dimana nilai meritokrasi disini lebih menjurus
kepada penekanan persaingan secara terbuka kepada rakyat Malaysia. Nilai ini
adalah sejajar dengan perkara 153 di dalam perlembagaan persekutuan, kerana ia
melindungi hak keistimewaan orang melayu, bumiputera sabah dan Sarawak serta
kaum-kaum lainyang terdapat di Malaysia. Ini kerana prinsip ini memastikan
setiap rakyat Malaysia mendapat peluang yang sama rata didalam sesuatu pemilihan
berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan seperti kelayakan, prestas dan budaya cemerlang untuk memacu
pembangunan Negara. Perlaksanaan nilai ini didalam konsep satu Malaysia telah
menyatukan setiap rakyat di Negara ini kerana dasar ini telah mengambil kira
kehendak setiap kumpulan etnik yang ada tanpa mengetepikan kepentingan kaum
bumiputera. Walaupun, dasar afirmatif tetap dikekalkan bagi etnik bumiputera,
tetapi perlaksanaannya diamalkan dengan cara yang adil dimana pertimbangan
hanya diberikan kepada individu yang paling layak, contohnya didalam pemberian
biasiswa, pendidikan dan lesen.
Nilai meritokrasi
juga diamalkan di dalam bidang-bidang tertentu seperti perkhidmatan, pendidikan, dan ekonomi. Contohnya dalam
pemberian sesuatu kontrak melalui tender terbuka kepada para usahawan. Prinsip
meritokrasi telah memberi peluang yang sama rata kepada setiap usahawan untuk
bersaing dalam pembidaan kerana pemilihan adalah berasaskan kepada kelayakan
dan kemahiran menawarkan tawaran yang lebih baik dalam menawarkan harga, produk
dan perkhidmatan dan bukan kerana perundingan, kekayaan, perkauman, ikatan
persaudaraan dan sosio-ekonomi semata-mata. Dengan adanya prinsip ini, ia dapat
mengelakkan rasa tidak puas hati antara anggota masyarakat didalam bidang
perniagaan dan mengelakkan peristiwa 13Mei dari berulang kembali kerana
penguasaan ekonomi oleh sesebuah kaum disamping menjamin perkhidmatan
dilaksanakan dengan cemerlang dan terbaik bagi memastikan kemajuan ekonomi
Negara. Di dalam sistem pendidikan pula, prinsip meritokrasi telah mengalakkan
setiap individu di dalam sekolah atau institusi pengajian tinggi bersaing
antara satu sama lain untuk menjadi yang terbaik. Ianya telah mengalakkan
persaingan yang sihat antara pelajar yang berbilang bangsa untuk mencapai
pencapaian yang cemerlang di dalam pelajaran. Manakala dari aspek perkhidmatan
kerajaan dan masyarakat pula, meritokrasi telah memberi kesedaran kepada rakyat
untuk lebih berusaha menjadi yang terbaik demi mencapai pencapaian yang lebih
tinggi. Nilai meritokrasi adalah satu nilai yang amat penting kerana ianya
adalah asas dalam pembentukan budaya kecemerlangan.
6.7
Pendidikan
Sistem pendidikan
di sesebuah negara boleh menjadi salah satu kunci untuk mewujudkan perpaduan di
antara etnik. Ini kerana sekolah serta institusi pengajian tinggi merupakan
sebuah organisasi berbentuk pendidikan yang dapat mengajar serta menerapkan
nilai-nilai murni dan memudahkan setiap pelajar menghayati proses sosialis
kerana sekolah menempatkan pelbagai kaum dibawah satu bumbung. Seperti yang
kita sedia maklum, ilmu pengetahuan serta pendidikan merupakan syarat penting
kepada sesebuah Negara bagi mencapai sesuatu kejayaan. Ini kerana kedua-duanya
merupakan kekuatan dan ketahanan sesebuah masyarakat. Nilai pendidikan di dalam
konsep 1 Malaysia telah disokong oleh Akta 550 yang menyatakan bahawa ilmu
pengetahuan adalah penting kerana ianya membolehkan rakyat Malaysia menguasai
ilmu, kemahiran serta nilai-nilai murni disamping bertindak sebagai penentu
kepada arah tujuan Negara dan penyelamat bangsa.
Sebagai contoh
melalui penyeragaman bahasa penghantar, sukatan pelajaran serta pakaian sekolah
di sekolah kebangsaan merupakan salah satu elemen yang dapat membantu
merapatkan hubungan antara kaum di sekolah. Dimana dengan adanya Bahasa
Malaysia sebagai bahasa penghantar ia mengalakkan pergaulan di antara pelajar
yang berbilang etnik yang akhirnya akan mewujudkan semangat kekitaan. Di
samping, itu pendekatan yang digunakan melaui subjek pendidikan islam dan moral
juga turut membantu memberi pendekatan yang lebih baik kepada para pelajar
untuk memahami agama, keperluan moral, sosial serta adat dan budaya kaum
masing-masing. Meskipun sistem persekolahan di Negara, tidak mempunyai aliran
pendidikan tunggal, sekolah tetap merupakan pusat integriti tebaik yang dapat
mengabungkan semua aliran persekolahana sama ada sekolah kebangsaan, sekolah
cina atau sekolah India. Ini kerana melalui konsep 1 Malaysia ia mengalakkan
setiap sekolah untuk mencari kesempatan untuk berinteraksi dengan mengadakan
lebih banyak aktiviti bersama. Ini kerana dengan mengadakan lebih banyak
aktiviti bersama ianya memberi peluang kepada pelajar yang berbilang bangsa
untuk berinteraksi antara satu sama lain disamping mengeratkan perpaduan antara
kaum serta mengukuhkan lagi pemahaman agama, adat serta budaya kaum
masing-masing. Hak ini telah dikenankan dalam perlembagaan persekutuan dalam
perkara 12 yang mengiktiraf nilai pendidikan dalam konsep 1 malaysia. Nilai
ketujuh iaitu pendidikan di dalam konsep 1 Malaysia, memang bertindaksejajar
dengan matlamat 1 Malaysia untuk menyatukan rakyat yang berbilang kaum. Ini
kerana hanya melalui pendidikan, asas nilai-nilai perpaduan dapat dipertahankan
serta proses integrasi dan pembangunan
Negara dapat dilaksanakan bagi menjamin kemajuan masa depan. Kurangnya
ilmu pengetahuan serta pendidikan dapa tmemporak-perandakan keharmonian rakyat
Malaysia. Ini kerana kurangnya rasa kekitaan yang disemai dari sekolah hingga
universiti di dalam diri yang akhirnya akan memudahkan kewujudan salah faham
yang akan merosakkan keharmonian antara etnik kerana kurangnya pendedahan
kepada agama, cara pergaulan, budaya dan adat resam.
Antara
contoh-contoh usaha kerajaan bagi menyatukan rakyat Malaysia dalam nilai ini
adalah dengan memperkenalkan program RIMUP atau Rancangan Integrasi Murid Untuk
Perpaduan di sekolah. Program ini dapat memupuk pergaulan murid pelbagai kaum
dengan penglibatan aktiviti bersama dengan perkongsian segala kemudahan di
sekolah. Kesan daripada program ini adalah ia akan mewujudkan dan membentuk
persefahaman serta jalinan hubungan rapat di kalangan murid pelbagai kaum. Dan
ia menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk menjayakan konsep 1
Malaysia ini melalui pendidikan kerana setiap anak adalah aset Negara dan hanya
melalui nilai ini keharmonian hidup bermasyarakat dapat dikekalkan. Tambahan
pula dengan perpaduan yang dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi, ianya
membantu menyemai semangat patroitik dan kesetiaan kepada Negara di samping
memupuk perasaan bangga dan megah di kalangan anggota masyarakat untuk bergelar
rakyat Malaysia. Rasa bangga menjadi rakyat Malaysia ini akan mengalakkan sikap
saling bekerjasama antara rakyat untuk membangunkan sebuah Malaysia menjadi
sebuah Negara yang aman serta makmur disamping berdaya saing.
6.8
Integriti
Integriti merupakan
nilai terakhir yang temaktub di dalam konsep 1 Malaysia. Integriti adalah satu
nilai yang memastikan setiap prinsip didukung dan jati diri ditepati. Di mana
ia menyatakan bahawa asas kepada sesuatu kepercayaan adalah keupayaan untuk
memenuhi janji serta telus dan bersikap terbuka kepada orang lain. Prinsip ini
penting untuk diamalkan oleh setiap pemimpin Negara dalam persediaan untuk
membentuk sebuah kerajaan yang mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat.
Penerapan nilai integriti di dalam konsep 1 Malaysia banyak membantu dalam
menyatukan rakyat di Malaysia. Ini kerana integriti adalah salah satu pemangkin
kepada pengwujudan Negara bangsa yang mebantu membina sikap kesamaan dan
kekitaan di kalangan rakyat.
Nilai integriti ini
adalah sejajar dengan konsep 1 Malaysia yang dilancarkan oleh pihak kerajaan
untuk menyatukan setiap kaum pada satu paksi keadilan sosial. Ianya
dilaksanakan dari sudut dasar komitmen yang diusahakan oleh kerajaan untuk
menolong setiap pihak melalui pertimbangan tanpa mengabaikan kepentingan
mana-mana kaum tidak kira di Bandar mahupun di luar Bandar. Di mana kesungguhan
dan komitmen terhadap tanggungjawab menjadi asas penting serta kunci kepada
pencapaian sesuatu kejayaan.
Contohnya sebagai
seorang pemimpin, individu tersebut haruslah bijak mentafsir dan memahami
tugasan yang diberi serta berkebolehan tinggi dalam merancang strategi,
prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat. Masyarakat
Malaysia juga haruslah bertanggungjawab serta komited di dalam melaksanakan
tugas dan tanggungjawab masing-masing demi menjaga kepentingan dan kemajuan
Negara. Dengan kebijaksanaan pihak kerajaan mengatur strategi di dalam sistem
pentadbiran Negara, ianya akan mebantu melancarkan perjalanan pentadbiran
kerajaan kerana setiap pandangan rakyat diambil kira dari segenap lapisan kaum
untuk memastikan tidak ada masyarakat atau kaum yang terpinggir daripada
menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan. Pembelaan yang adil akan
memberi kesan kepada penyatuan rakyat kerana ianya adalah asas kepada
peningkatan perpaduan melalui kemajmukan yang ada.
Selain itu, dengan
terbentuknya nilai integriti dalam gagasan 1 Malaysia ianya juga dapat membantu
mengekalkan keamanan Negara agar berada dalam suasana yang harmoni serta
mengelakkan segala perkara yang boleh menimbulkan persengketaan daripada
berlaku. Ini kerana apabila kerajaan gagal meningkatkan persefahaman antara
rakyat ia akan mendatangkan reaksi dan salah faham yang berpotensi untuk
mencetuskan sebuah kontroversi. Seperti apabila berlakunya isu-isu yang
menyentuh kepada perbezaan pendapat tentang agama dan kepercayaan. Integriti
juga haruslah diamalkan di dalam tugasan seharian terutamanya ketika
melaksanakan tanggungjawab. Setiap individu haruslah jujur dan amanah ketika
berurusan tanpa mengamalkan satu sifat yang ingin mengutamakan diri keluarga
dan kelompok tertentu sahaja. Kelayakan dan kemampuan haruslah diberikan tanpa
sebarang kepentingan atau melalui cara yang melanggar etika diri dan saluran
yang tidak sah. Misalnya, di dalam perlantikan atau pengambilan sesuatu kerja.
Pihak yang bertanggungjawab haruslah memilih calon yang layak dan menepati
kriteria-kriteria yang ditetapkan dan bukan kerana ikatan kekeluargaan
terjalin. Ketidakadilan akan menyebabkan rasa tidak puas hati timbul dalam diri
individu lain yang akan menyebabkan wujudnya salah faham yang boleh menimbulkan
kontroversi yang boleh menggangu keharmonian Negara. Tetapi sekiranya pemilihan
di jalankan dengan adil dan saksama ia akan menyatukan setiap anggota
masyarakat kerana setiap rakyat merasakan diri mereka di layan secara adil
tanpa mengira kedudukan, bangsa dan wilayah dan tidak ada sebarang penindasan
berlaku kerana mereka sedar bahawa hanya yang paling layak akan terpilih.